fbpx

UiTM berada 108 terbaik Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UiTM melonjak di kedudukan 108 terbaik mengikut QS Asia University Ranking 2021.

SHAH ALAM – Universiti Teknologi Mara (UiTM) kini berada kedudukan 108 terbaik Asia daripada 634 institusi pengajian tinggi yang tersenarai dalam QS Asia University Rankings.

Kedudukan terbaharu itu merupakan kenaikan 11 tangga tahun ini berbanding di tangga 119 pada tahun lalu.

Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim berkata, pencapaian yang diumumkan QS Asia University Ranking 2021 pada hari ini juga menunjukkan peningkatan lima tahun berturut-turut sebanyak 73 anak tangga dari kedudukan 181 pada tahun 2017.

“Prestasi tahun ini telah menempatkan UiTM pada kedudukan 17 peratus terbaik Asia dengan pertambahan sebanyak 93 unversiti yang dinilai dari seluruh Asia serta pertambahan sebanyak enam universiti dari Malaysia.

“Peningkatan yang berterusan ini membuktikan bahawa UiTM berada pada landasan yang betul ke arah menjadi universiti terkemuka dunia menjelang tahun 2025,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberitahu, UiTM menunjukkan peningkatan yang memberansangkan dalam tiga daripada 11 petunjuk utama penilaian iaitu reputasi akademik dan majikan serta jaringan penyelidikan antarabangsa.

Azraai menambah, jaringan penyelidikan antarabangsa menjadi kekuatan utama UiTM untuk edisi 2021 iaitu di kedudukan ke-38 Asia, meningkat sebanyak 30 anak tangga.

“Pencapaian ini amat membanggakan ketika dunia bergelut dengan situasi pandemik Covid-19 dengan seluruh warga universiti telah banyak memberikan sokongan dan kerjasama bersepadu melalui pelbagai inisiatif yang agresif dan konstruktif,” ujarnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI