fbpx

Konflik Palestin-Israel: PM Sepanyol pertahan kecam Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sanchez menyelar pembunuhan orang awam di Gaza. – AFP

MADRID, SEPANYOL – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez mempertahankan komen beliau  berhubung pencerobohan Israel ke atas Gaza yang telah menimbulkan kemarahan Tel Aviv, lapor akhbar Arab News kelmarin.

Sanchez bersama Perdana Menteri Belgium, Alexander De Croo melawat Lintasan Rafah di sempadan Semenanjung Gaza-Mesir pada Jumaat lalu.

Beliau kemudian mengeluarkan kenyataan menyelar Israel dengan menegaskan bahawa pembunuhan sewenang-wenangnya orang awam tidak bersalah di wilayah Palestin itu sama sekali tidak boleh diterima.

Kedua-dua pemimpin tersebut turut mendesak gencatan senjata kekal  dilaksanakan di wilayah tersebut dengan De Croo turut mengecam kemusnahan dahsyat di Semenanjung Gaza.

Kementerian Luar Israel segera  memanggil Duta Sepanyol dan Belgium di Israel untuk memberi ‘teguran keras’ atas komen pemimpin kedua-dua negara itu serta menuduh mereka menyokong ‘keganasan’.

“Mengutuk serangan kumpulan Hamas dan pada masa yang sama mengutuk pembunuhan sewenang-wenangnya rakyat Palestin di Gaza bukanlah soal parti politik mahupun ideologi sebaliknya, ia adalah persoalan tentang kemanusiaan,” kata Sanchez semasa perhimpunan Parti Sosialis di Madrid.

Menteri Luar Sepanyol, Jose Manuel Albares memberitahu saluran televisyen tempatan Jumaat lalu bahawa beliau telah memanggil Duta Israel untuk mengemukakan bantahan rasmi terhadap teguran Rejim Zionis. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI