fbpx

Sistem Maybank tergendala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Orang ramai meluahkan rasa kesal selepas aplikasi mudah alih Maybank, MAE tergendala sejak tengah hari tadi.

Tinjauan di beberapa platform media sosial mendapati rata-rata pengguna kesal apabila pihak bank berkenaan masih belum menyelesaikan masalah teknikal tersebut hingga segala urusan transaksi dalam talian tidak dapat dibuat.

Maybank bagaimanapun hanya mengesahkan masalah berkenaan melalui ciapan balas di aplikasi X dan memaklumkan perkhidmatan perbankan laman webnya, Maybank2u turut tergendala.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan bila masalah tersebut dapat diselesaikan.

Menurut seorang pengguna X dikenali sebagai Wafa, wang simpanan yang diletakkan di bawah fungsi ‘tabung’ di aplikasi MAE juga ‘hilang’ dipercayai akibat daripada masalah berkenaan.

“Tolong selesaikan masalah itu segera, duit di dalam tabung saya hilang,” ciapnya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna dikenali sebagai Afzal meluahkan rasa kesal apabila aplikasi perbankan berkenaan kerap berdepan masalah teknikal.

“Sejak wajib guna MAE asyik bermasalah saja. Teruknya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI