fbpx

Dewan Rakyat: J-KOM masih kekal dibawah JPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nie Ching

KUALA LUMPUR – Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan mematuhi sebarang ketetapan oleh kerajaan sekiranya Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) dipindahkan semula ke kementerian tersebut.

Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, bagaimanapun buat masa ini keputusan Kerajaan Perpaduan adalah J-KOM masih dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Keputusan memindahkan J-KOM kepada JPM dibuat pada tahun 2021 kalau tidak silap saya. Masa itu Ahli Parlimen Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) merupakan Perdana Menteri dan Ahli Parlimen Indera Mahkota (Dato’ Sri Saifuddin Abdullah) merupakan menteri komunikasi.

“Saya kurang pasti apa telah dibincang dalam mesyuarat jemaah menteri masa itu, tetapi setakat ini keputusan Kerajaan Perpaduan J-KOM masih dibawah JPM. Sekiranya di masa depan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) berhasrat pindah balik J-KOM kepada KKD, KKD akan ikut arahan Perdana Menteri,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Lim Lip Eng (PH-Kepong) adakah J-KOM perlu diletak semula dibawah KKD bagi mengelak pembaziran wang rakyat dan meningkatkan tadbir urus yang baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI