fbpx

[VIDEO] Pelajar, ustaz terselamat maahad tahfiz di Kepala Batas terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba menjalankan operasi pemadaman maahad tahfiz yang terbakar di Jalan Pokok Sena, pagi tadi.

SEBERANG PERAI – Institut Tahfiz dan Kefahaman Quran (Ma’hadul Azhar) di Jalan Pokok Sena, Kampung Banggul, Kepala Batas di sini musnah dalam satu kejadian kebakaran, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.45 pagi itu, tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan membabitkan penghuni di maahad yang beroperasi secara persendirian.

Jurucakap bomba negeri berkata, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Khairul Affendi Arifin bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kepala Batas, BBP Tasek Gelugor dibantu BBP Bertam bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 11.52 pagi.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, didapati kebakaran membabitkan sebuah maahad tahfiz dua tingkat dengan anggaran peratusan kemusnahan kebakaran adalah sebanyak 40 peratus.

“Tingkat bawah dijadikan rumah manakala tingkat atas adalah asrama pelajar. Tiada penghuni di bangunan tersebut semasa kejadian.

“Hanya terdapat empat pelajar dan seorang ustaz berada di bangunan sebelah. Kesemua mereka dilaporkan selamat,” katanya kepada pemberita di sini, sebentar tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI