fbpx

Liga Super: KL City kembali temui kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONGGAK pertahanan, Matko Zirdum (kiri) membuka jaringan pertama KL City untuk memastikan kemenangan 3-0 ke atas Kelantan United di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi. - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Kemarau kemenangan Kuala Lumpur City sejak September lalu kini berakhir selepas atasi Kelantan United 3-0 di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Kali terakhir The City Boys menang adalah ketika suku akhir pertama Piala Malaysia, atasi Sri Pahang 1-0 dan lima aksi selepas itu berakhir dengan empat kekalahan serta satu seri.

Kedua-dua pasukan tampil dengan corak permainan perlahan dan minit kesembilan, KL City wajar berada di depan sebaliknya tandukan Paulo Josue sekadar mengenai palang.

Bagaimanapun, sebaik aksi memasuki mini ke-21 kem tuan rumah akhirnya ceria apabila Matko Zirdum bertindak pantas menyambut lantunan bola yang terkena tiang untuk meletakkan KL City 1-0.

Ketika Kelantan United turut mencipta beberapa gerakan menarik, KL City patut menambah sekurang-kurangnya empat gol namun peluang terhidang gagal disudahkan dengan lebih sempurna untuk hanya membawa bekal satu jaringan sebelum menyambung babak kedua.

Walaupun skrip hampir sama terus berulang, tempoh 11 minit pertama separuh masa kedua seakan jadi milik pelawat yang memperoleh tiga peluang terbaik menerusi Abdul Latif Suhaimi dan Ismaheel Akinade

Minit ke-68, Josue yang sudah melepaskan beberapa peluang terbuka sebelum ini tampil lebih tenang untuk menyempurnakan umpanan Zhafri Yahya.

Tchetche Kipre yang dimasukkan bagi menggantikan Romel Morales hanya memerlukan tempoh kurang dua minit untuk melengkapkan gol ketiga tuan rumah pada minit ke-78 sekaligus mengesahkan tiga mata mutlak buat The City Boys – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI