SHAH ALAM – “Bagus tetapi tidak cukup karakter seksi.”
Itu komen yang diberikan ketua juri All Stars Gegar Vaganza (GV10), Datuk Ramli MS kepada penyanyi, Nikki Palikat usai mendendangkan lagu Perhaps, Perhaps, Perhaps dan Macarena pada konsert suku akhir malam ini.
Menurut Ramli, Nikki perlu belajar memahami cara mendendangkan lagu genre Latin dengan lebih baik.
“Semuanya okey tetapi untuk buat awak faham, sebenarnya perlu lebih karakter seksi.
“Menyanyikan lagu latin perlu ikut muzik sebab genre itu sebenarnya sangat romantik,” komennya.
Sementara itu, Hetty Koes Endang pula menasihatkan Nikki agar memahami lirik agar mesej yang hendak disampaikan tidak tersasar ketika membuat persembahan.
“Ini bukan rakaman dan ada visual.
“Isi ceritanya perlu difahami terutama makna di sebalik lagu ini. Sangat penting memahami jalan cerita liriknya,” ujarnya.
Bagaimanapun, Datuk Syafinaz Selamat pula memuji persembahan Nikki yang dianggap sebagai pembuka pentas yang bagus pada malam ini. -KOSMO! ONLINE