fbpx

Fahmi mahu saman pihak fitnah dirinya mengenai isu Coldplay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi bercakap kepada pemberita selepas Kongres Nasional Tahunan PKR Ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil bersedia mengambil tindakan saman ke atas pihak yang memfitnah dirinya dalam isu penganjuran konsert Coldplay.

Katanya, ia berikutan hantaran berbentuk infografik diterbitkan badan dikenali sebagai Gerakan Pengundi Sedar itu disifatkan sebagai berbaur pembohongan daripada konteks sebenar.

“Ia mendakwa konon saya mengucapkan ‘Alhamdulillah, konsert itu berjalan dengan baik’, walhal tuduhan ini bersifat fitnah malah berniat jahat,” katanya ketika ditemui pemberita pada Kongres Nasional Tahunan PKR ke-17 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya petang tadi.

Konsert ‘Coldplay: Music of the Spheres World Tour in Kuala Lumpur’ itu berlangsung meriah di Stadium Nasional pada 22 November lalu dengan dihadiri kira-kira 85,000 penonton.

Mengulas lanjut, Fahmi menegaskan bahawa laporan asal yang disiarkan media itu juga dapat dibaca melalui laman sesawangnya dan bukan seperti digambarkan gerakan tersebut.

“Ia lari daripada apa yang saya sebut sendiri dan saya akan minta peguam untuk teliti pihak yang membuat infografik berkenaan sebelum diambil tindakan undang-undang.

“Langkah itu juga bukan pelik kerana beliau pernah menyaman tiga individu berprofil tinggi yang memfitnah teruk dirinya dengan memesongkan fakta asal,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI