fbpx

‘Cucu buka pintu sebelum jatuh Sungai Pasir Hor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Halim menunjukkan lokasi cucunya ditemui lemas di Sungai Pasir Hor, Kota Bharu hari ini. FOTO ROHANA MOHD. NAWI/KOSMO!

KOTA BHARU – Seorang budak lelaki berusia setahun 11 bulan yang lemas di Kampung Kenali di sini hari ini dipercayai menggoncang dan membuka sendiri pintu rumah sebelum terjatuh ke dalam Sungai Pasir Hor yang terletak di tepi rumah keluarganya.

Mayat, Che Mohd. Fakih Che Mohd. Faiz dijumpai Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) kira-kira pukul 1.40 tengah hari tadi selepas lebih tiga jam hilang.

Datuk mangsa, Halim Che Harun, 54, dia menyedari cucunya tiada di rumah sebaik pulang dari memotong rumput kira-kira pukul 10.30 pagi.

Menurutnya, sebelum kejadian, cucunya dikatakan menggoncang dan membuka sendiri pintu rumah sehingga penyelaknya tercabut sebelum keluar.

“Ketika kejadian, ibu bapa Che Mohd. Fakih berada di dalam rumah dan tidak menyedari dia keluar.

“Anak saya, Che Mohd. Faiz yang merupakan bapa mangsa berada di dalam tandas manakala isteri di dalam bilik. Mereka langsung tidak menyedari Che Mohd. Fakih keluar rumah.

“Cucu saya dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Pasir Hor sedalam lebih satu meter yang terletak di tepi rumah anak saya. Lokasi kejadian hanya 30 meter dari rumah saya,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Halim memberitahu, sebaik menyedari Che Mohd. Fakih hilang, dia bergegas mencari kanak-kanak itu di sekitar kampung termasuk di kawasan kandang lembu miliknya.

Menurutnya, dia juga turun ke dalam sungai itu apabila firasatnya kuat mengatakan bahawa cucunya terjatuh ke kawasan tersebut.

“Selepas gagal mencari, saya meminta bantuan penduduk kampung untuk menghubungi talian kecemasan.

“Che Mohd. Fakih merupakan cucu keenam saya dan dia sangat manja. Dia kerap mencium tangan saya malam tadi ketika kami berjumpa. Saya tidak menyangka ia merupakan petanda dia pergi buat selamanya,” katanya.

Kosmo! Online hari ini melaporkan, seorang kanak-kanak menjadi korban pertama banjir di Kelantan selepas tergelincir ke dalam sungai di belakang rumahnya di Kampung Kenali di sini, hari ini.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Pegawai Bomba Kanan, Muhammad Samsudin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 12.17 tengah hari sebelum 16 orang anggota dari dua buah balai bomba bergegas ke lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI