PUTRAJAYA – Migran yang didapati membeli dan memiliki mengeluarkan kad pengenalan palsu akan dikenakan tindakan di bawah Sosma, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.
“Migran juga selalunya diambil tindakan mengikut Akta Imigresen tetapi saya sebagai menteri ingin melihat Akta Imigresen dimasukkan bawah jadual Sosma supaya migran yang ditangkap membeli kad pengenalan palsu akan dikenakan tindakan mengikut Sosma.
“Ini akan dipertingkatkan bukan sahaja kepada rakyat Malaysia tetapi juga kepada migran yang bekerjasama dengan mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas lawatan kerja ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini hari ini.
Katanya, seramai 35 migran yang memiliki MyKad palsu telah ditahan sehingga 17 Julai lepas dalam 37 operasi yang dijalankan oleh JPN di seluruh negara. – K! ONLINE