fbpx

Konflik Palestin-Israel: Gencatan senjata mungkin dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH lori membawa bantuan kemanusiaan melalui Lintasan Rafah, Gaza semalam. - AFP

KAHERAH – Terdapat beberapa isyarat positif daripada pihak Israel dan Hamas mengenai kebarangkalian gencatan senjata akan dilanjutkan selama satu atau dua hari lagi di Gaza, demikian menurut kerajaan Mesir seperti dilaporkan laman berita Al Mayadeen semalam.

Ketua Perkhidmatan Maklumat Negara (SIS) Mesir, Diaa Rashwan dalam satu kenyataan rasmi berkata, negara itu terlibat dalam perbincangan menyeluruh dengan pelbagai pihak untuk mencapai kata sepakat bagi melanjutkan lagi gencatan senjata yang ketika ini berlangsung selama empat hari.

Menurutnya, jika gencatan senjata dilanjutkan, Hamas akan membebaskan lebih ramai tebusan Israel sebagai pertukaran untuk membebaskan penduduk Palestin yang dipenjarakan secara tidak adil oleh Rejim Zionis.

Sebelum ini, gencatan senjata kemanusiaan selama empat hari mula berkuat kuasa di Gaza pada pukul 7 pagi (waktu tempatan) kelmarin. Ia dilaksanakan selepas perjanjian dicapai antara Israel dengan Hamas, dengan Qatar dan Mesir menjadi pengantara.

Antara syarat gencatan senjata itu adalah pembebasan sejumlah tahanan wanita Palestin dan penduduk di bawah umur 19 tahun yang dipenjarakan Israel. Bantuan kemanusiaan dan bahan api turut akan dibenarkan dibawa masuk ke Semenanjung Gaza.

Gencatan senjata hanya selama empat hari itu bagaimanapun mendapat kritikan hebat daripada organisasi antarabangsa dan aktivis hak-hak asasi manusia. 

Sebelum ini, Amerika Syarikat dan Israel menegaskan bahawa serangan ke atas Gaza perlu diteruskan sehingga semua objektif Tel Aviv untuk menghapuskan Hamas dipenuhi. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI