fbpx

[VIDEO] Agong belanja lagu ‘Butakah Cinta’ buat Tunku Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah bersama Tunku Azizah pada majlis sambutan Jubli Emas 50 tahun Stadium Makmur di Kuantan, Pahang semalam.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendendangkan lagu ‘Butakah Cinta’ buat permaisuri hatinya Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Lagu nyayian asal kumpulan Spring itu didendangkan Al-Sultan Abdullah pada sambutan Jubli Emas 50 tahun Stadium Makmur di Kuantan, Pahang semalam.

Nyanyian baginda itu disambut meriah oleh rakyat jelata yang hadir pada sambutan berkenaan sambil mereka dilihat bernyanyi bersama-sama baginda.

Lebih manis, ketika mendendangkan lagu berkenaan Al-Sultan Abdullah turut ditemani Tunku Azizah.

Pada akhir nyanyian, Al-Sultan Abdullah menyatakan bahawa baginda tidak sabar untuk pulang ke Pahang.

“Ini buat saya tidak sabar pulang ke Pahang ni. Rindu saya tak? Alhamdulilah syukur, saya akan pulang ke Pahang tahun hadapan,” titah baginda.

Turut kelihatan pada majlis tersebut adalah Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ISTANA NEGARA (@istana_negara)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI