fbpx

Banjir Kemaman, Marang dan Kuala Nerus pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang penduduk memasang jala di kawasan limpahan banjir di Teluk Pasu, Kuala Nerus semalam.

KEMAMAN – Cuaca baik sepanjang hari ini membolehkan tiga daerah iaitu Kemaman, Kuala Nerus dan Marang kembali pulih daripada banjir gelombang pertama.

Tiga PPS iaitu masing-masing satu di daerah berkenaan iaitu Dewan Sivik Kampung Labohan, Kerteh di sini; Sekolah Kebangsaan (SK) Rawai, Marang dan Dewan Sivik Batu Rakit, Kuala Nerus telah menutup operasinya secara berperingkat sebentar tadi.

Empat daerah lain yang masih terjejas ialah Kuala Terengganu, Besut, Dungun dan Setiu melibatkan 268 mangsa daripada 64 keluarga.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kuala Terengganu kekal daerah paling terjejas dengan 164 mangsa daripada 42 keluarga berada di dua PPS.

“Seramai 44 mangsa daripada 10 keluarga masih berada di PPS SK Kuala Besut.

“Sebanyak 55 mangsa daripada 11 keluarga berada di dua PPS di Dungun,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, PPS Kampung Rhu Sepuluh yang mempunyai lima mangsa sekeluarga masih beroperasi di Setiu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI