fbpx

Konflik Palestin-Israel: 61 trak bantuan tiba di utara Gaza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TRAK yang membawa bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza dari Lintasan Rafah di Mesir pada 15 November lalu. - AFP

BANDAR GAZA – Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengumumkan bahawa 61 buah trak yang membawa bekalan perubatan, makanan dan air telah menyerahkan kesemua barangan tersebut di utara Gaza ketika gencatan senjata sementara berkuat kuasa di wilayah Palestin yang terkepung itu.

Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) berkata, sebanyak 200 trak lain telah dihantar ke Semenanjung Gaza dari Nitzana dengan 187 daripadanya telah melepasi sempadan Israel menjelang petang semalam (waktu tempatan).

“Lebih lama penangguhan pertempuran berlaku, lebih banyak bantuan boleh dihantar oleh agensi kemanusiaan di seluruh Gaza,” kata kenyataan OCHA.

Ketika apabila gencatan senjata sementara antara Israel dan Hamas bermula kelmarin, sejumlah 137 trak dilaporkan telah menghantar bantuan di Gaza, demikian menurut PBB.

“Kami mengalu-alukan pembebasan lebih ramai tebusan hari ini dan memperbaharui gesaan kami untuk pembebasan segera tanpa syarat semua tahanan.

“Kami juga berharap agar pembebasan lebih ramai tahanan Palestin dapat membawa kelegaan kepada keluarga dan orang tersayang,” kata OCHA. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI