fbpx

Liga Super: NSFC cipta kemenangan di laman sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain Negeri Sembilan FC, Muhammad Shahrel Fikri terlepas menjaringkan gol dalam Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban hari ini.- Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Negeri Sembilan FC (NSFC) mendapat tiga mata ketika menentang PDRM FC dalam perlawanan Liga Super malam ini.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi di sini tersebut menyaksikan NSFC mengalahkan pasukan pelawat dengan kuputusan  2-0.

Separuh masa pertama perlawanan tamat dengan kedua-dua pasukan terikat tanpa sebarang jaringan

Gol pembukaan NSFC dijaringkan oleh Barathkumar Ramaloo pada minit ke-47.

Pada minit ke-78, pemain gantian NSFC, Selvan Anbualagan berjaya menjaringkan gol kedua pasukan itu.

Perlawanan tamat dengan tambahan masa lima minit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI