SELAIN kisah konsert Coldplay dan perceraian Mawar Rashid, isu ‘kelelakian’ Aniq Suhair kembali menyelit pada minggu ini.
Selepas sepi beberapa minggu, dakwaan Aniq menghamilkan seorang wanita kembali muncul apabila si wanita terbabit tidak berpuas hati dengan sikap lepas tangan Aniq.
Katanya, perjanjian sudah dibuat tetapi Aniq pula tak tunaikan dan kini dia mahu berusaha untuk menuntut haknya.
Macam-macam dakwaan lain pula muncul, takut pula Diva melihat semua itu sebab risau ada perkara yang sengaja direka-reka.
Kepada Aniq, segeralah selesaikan dengan individu terbabit sebab tidak bagus apabila nama ‘kotor’ dengan hal-hal sebegitu.
Boleh rosak perjalanan karier dan hilang kepercayaan peminat.
Kalau boleh selesaikan secara baik, lakukanlah sebab naik muak pula kisah ini kerap muncul dalam media sosial.
DIVA: Ramai nasihatkan Ernie Zakri tak perlu terburu-buru mengadakan konsert solo. Fokus dahulu untuk hasilkan karya-karya hebat dan diingati ramai.