fbpx

Wanita bunuh, kerat mayat mangsa kerana rasa ingin tahu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yoo-jung menyamar sebagai seorang pelajar sekolah untuk membunuh. - Polis Busan

SEOUL – Seorang wanita di Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kelmarin kerana membunuh dan memotong anggota badan seorang individu tidak dikenalinya, lapor portal berita MailOnline.

Jung Yoo-jung, 23, dikatakan terlalu taksub dengan rancangan televisyen dan novel berkaitan jenayah serta mendapat markah tertinggi dalam ujian psikopat. 

Dia dilaporkan membunuh seorang guru bahasa Inggeris berumur 26 tahun. Dia berkenalan dengan mangsa melalui aplikasi dalam talian sebelum  menikam mati mangsa pada Mei lalu.

Semasa perbicaraan di mahkamah, Yoo-jung dikatakan merupakan seorang penganggur yang tinggal bersama datuknya. Dia sudah berbulan-bulan mencari mangsa melalui aplikasi pengajaran dalam talian.

Pada Mei lalu, dia menyamar sebagai ibu kepada seorang pelajar sekolah menengah yang memerlukan tuisyen bahasa Inggeris. Dia dilaporkan menghubungi mangsa yang tinggal di bandar Busan.

Yoo-jung kemudian pergi ke rumah guru tersebut dengan memakai seragam sekolah yang dibelinya secara dalam talian. 

Selepas dibenarkan masuk, Yoo-jung menikam guru itu sebanyak 100 kali dan meneruskan serangan walaupun mangsa sudah meninggal dunia.

Dia kemudian memotong mayat mangsa dan menaiki teksi untuk membuang sebahagian anggota badan di kawasan taman terpencil berhampiran sungai di utara Busan.

Yoo-jung ditahan selepas pemandu teksi itu membuat laporan polis mengenai seorang pelanggan yang membuang beg pakaian berlumuran darah di dalam hutan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI