fbpx

Suami mati ditumbuk isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hidung dan gigi mangsa patah selepas ditumbuk pada muka. - Pexels

NEW DELHI  –  Seorang lelaki di India maut akibat ditumbuk pada hidung oleh isterinya kerana enggan membawa wanita itu bercuti ke Dubai bagi menyambut hari lahirnya.

Stesen penyiaran NDTV melaporkan, kejadian berlaku di apartmen pasangan tersebut di bandar Pune semalam.

Mangsa yang dikenali sebagai Nikhil Khanna, 36, bekerja sebagai seorang ahli perniagaan dalam industri pembinaan. Dia dilaporkan berkahwin dengan isterinya, Renuka, 38, enam tahun lalu.

Menurut anggota balai polis Wanavdi, pasangan itu bergaduh kerana Nikhil tidak membawa Renuka ke Dubai bagi menyambut hari lahirnya selain tidak memberikan hadiah yang mahal.

Renuka juga kecewa dengan Nikhil kerana tidak memberikan maklum balas yang baik terhadap hasratnya untuk pergi ke Delhi untuk meraikan hari lahir bersama  saudara-maranya.

Semasa pergaduhan mereka, Renuka menumbuk muka Nikhil. Tumbukan itu dikatakan sangat kuat sehingga hidung dan beberapa gigi Nikhil patah. 

Akibat mengalami pendarahan yang berterusan, mangsa tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI