fbpx

[VIDEO] 39 rakyat Palestin menangis gembira dibebaskan tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara rakyat Palestin yang dibebaskan daripada tahanan Israel, semalam.

PETALING JAYA – Seramai 39 rakyat Palestin yang ditahan Israel tidak dapat menahan sebak selepas dibebaskan semalam sebagai pertukaran untuk 13 tebusan yang dibebaskan Hamas dari Semenanjung Gaza.

Menerusi Instagram Eye On Palestine, memaparkan beberapa pertemuan penuh emosi rakyat Palestin yang menjadi tahanan sebelum ini bersama ahli keluarga mereka.

Rata-rata kesemua tahanan terbabit dan ahli keluarga mereka menangis gembira dan seakan tidak percaya mempunyai peluang untuk bertemu semula.

Kepulangan mereka juga turut diraikan penduduk di Gaza dengan laungan takbir dan kibaran bendera negara itu sebagai tanda syukur.

Media sebelum ini melaporkan Israel akan membebaskan 39 tahanan Palestin membabitkan 24 wanita dan 15 remaja yang menduduki Tebing Barat sebagai pertukaran dengan 13 tebusan rakyatnya.

Menurut Pesuruhjaya Palestin untuk tahanan, Qadura Fares, kesemua tahanan itu diserahkan kepada Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa di penjara tentera Ofer Israel pada Jumaat sekitar pukul 4 petang waktu tempatan.

Sementara itu, seramai 13 tebusan rakyat Israel yang berada dalam tawanan Hamas juga sudah dibebaskan pada waktu yang sama.

Menurut kenyataan Hamas, kesemua 13 tebusan itu akan memasuki Israel melalui dua lokasi iaitu Nitzana yang juga sempadan dengan Mesir dan akses kedua melalui Kerem Shalom iaitu di seberang Gaza. – KOSMO! ONLINE

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Eye On Palestine (@eye.on.palestine)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI