fbpx

Reman wanita dipercayai bunuh adik OKU disambung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenderaan polis membawa suspek kes bunuh adik keluar dari Mahkamah Majistret Sungai Petani selepas proses sambung reman hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang kakak yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh membabitkan adiknya di rumah sewa mereka di Bandar Puteri Jaya pada Isnin lalu disambung reman tujuh hari.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, wanita berusia 36 tahun itu disambung reman sehingga Jumaat ini susulan perintah remannya selama lima hari yang bermula Isnin lalu berakhir semalam.

“Reman disambung untuk siasatan lanjut pihak kita selain menunggu keputusan daripada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Isnin lalu seorang wanita orang kelainan upaya (OKU) ditemui meninggal dunia di dalam sebuah bilik yang disewa bersama kakaknya di Bandar Puteri Jaya di sini.

Zaidy dipetik berkata, kakak mangsa mendakwa menemui adiknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan darah pada hidung dan mulutnya selepas pulang dari tempat kerjanya pada pukul 7.30 pagi pada Ahad.

Disebabkan takut dan panik, kakaknya merahsiakan kematian adiknya berusia 29 tahun itu dan sanggup tidur semalaman sebelum melaporkan kejadian itu kepada pihak polis pada pukul 2 petang keesokan harinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI