fbpx

Konflik Palestin-Israel: Rejim Zionis bebaskan 39 tahanan Palestin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang tebusan melambai tangan di sebelah anggota Briged Al-Qassam sebelum diserahkan kepada ICRC di Gaza semalam. - AFP

BANDAR GAZA – Sekumpulan 24 tebusan termasuk 13 warga Israel dan beberapa rakyat Thailand dibebaskan dari Semenanjung Gaza semalam apabila perjanjian menghentikan pertempuran dipersetujui selepas beberapa minggu diplomasi rahsia berlangsung, lapor saluran berita NBC News.

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) dalam satu kenyataan di platform X berkata, pihaknya telah memindahkan tebusan berkenaan dari Semenanjung Gaza melalui sempadan Rafah dengan Mesir.

Tentera Israel dalam satu kenyataan kemudian memaklumkan bahawa kumpulan tebusan tersebut ‘menjalani penilaian perubatan awal di wilayah Israel sebelum askar-askar membawa mereka ke hospital untuk dipertemukan semula dengan keluarga masing-masing.

Antara tebusan yang tersenarai dalam senarai nama yang dikeluarkan oleh pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu ialah Hanna Katzir, 76, yang kematiannya telah diumumkan di Telegram pada Selasa lalu oleh kumpulan Hamas.

Doron Katz-Asher, 34, dan dua anak perempuannya, Raz, 4, dan Aviv, 2, turut tersenarai bersama-sama Amelia Aloni, 6, dan ibunya, Daniel, 45. 

Ohad Munder-Zichri yang menyambut hari lahir ke-9 ketika ditahan turut disenaraikan bersama ibunya, Keren, 54, dan neneknya, Ruth, 78. Beberapa warga emas lain turut tersenarai.

Sebagai pertukaran, Israel membebaskan 39 rakyat Palestin yang ditahan. ICRC berkata pihaknya telah memudahkan pembebasan 33 tahanan dari penjara Ofar ke bandar Ramallah di Tebing Barat. 

Menteri Pihak Berkuasa Palestin, Qadura Fares yang mengetuai kumpulan advokasi untuk tahanan memberitahu bahawa enam lagi tahanan telah dibebaskan dari lokap Baitulmuqaddis.

Seramai 10 warga Thailand dan seorang warga Filipina yang ditangkap di Israel pada 7 Oktober lalu turut dibebaskan oleh Hamas, kata kementerian luar Qatar. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI