fbpx

Gerakan koperasi merakyatkan ekonomi – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menyampaikan ucapan pada Majlis Makan Malam KIRA di Hotel InterContinental Kuala Lumpur hari ini.

KUALA LUMPUR – Gerakan koperasi merupakan salah satu cara untuk merakyatkan kegiatan ekonomi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata, gerakan koperasi menjamin rakyat yang menentukan kegiatan ekonomi, manakala pimpinan memberikan dorongan dan sokongan.

“Tidak mahu meneruskan cara parti-parti politik yang berkuasa menggunakan kuasa memunggah kekayaan untuk kepentingan pimpinan dan parti yang mereka pimpin.

“Maka apa kaedah pilihan? Kaedah pilihan adalah menukar bentuk idea yang sudah begitu berakar pada budaya kita dan dunia dengan gerakan koperasi,” katanya semasa merasmikan Majlis Makan Malam Koperasi Keadilan Berhad (KIRA) di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur malam ini.

KlRA yang didaftarken secara rasmi di bawah Akta Koperasi 1993 pada 31 Januari 2023 dilancarkan oleh Anwar awal tahun ini.

Penubuhan KIRA menjadikan PKR parti pertama yang menjaga kebajikan ahlinya dengan memperkenalkan model perniagaan koperasi.

Sementara itu, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, beliau yakin koperasi adalah model yang baik untuk menggerakkan ekonomi dalam kalangan akar umbi.

Menurut beliau, KIRA sedang membangunkan beberapa model perniagaan yang mampan berdasarkan kewangan Islam menggunakan konsep Muzakarah.

“Kalau kita berjaya buktikkan ini, saya berharap ia akan menjadi ikutan oleh bukan sahaja masyarakat tetapi parti-parti politik lain,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, KIRA akan melancarkan kedai KIRA yang pertama dan pusat penjagaan serta asuhan kanak-kanak pada suku tahun pertama tahun hadapan.

“Kita juga sedang pertimbangkan pasaran untuk penjagaan orang tua,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI