fbpx

Muhyiddin masih diperlukan dalam Bersatu – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah

SHAH ALAM – Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak cadangan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mahu mempertahankan jawatan Presiden pada pemilihan parti itu tahun depan.

Keputusan sebulat suara itu dibuat menerusi mesyuarat khas selama 30 minit selepas selesai perbahasan ucapan dasar dalam Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) 2023 petang tadi.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mesyuarat itu dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang memfokuskan mengenai keputusan Muhyiddin tersebut.

“Mesyuarat membuat ketetapan menolak cadangan beliau yang tidak mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti.

“MPT sebulat suara berpendirian bahawa kepimpinan Muhyiddin diperlukan oleh parti dan negara,” katanya.

Terdahulu, Muhyiddin yang juga pengasas Bersatu dan bekas Perdana Menteri dalam ucapan dasarnya mengumumkan tidak mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti dalam pemilihannya tahun depan. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI