SHAH ALAM – Mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertingginya (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan diadakan petang ini bagi membincangkan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti tahun depan.
Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, mesyuarat itu dijadual berlangsung selepas tamat perbahasan Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) kira-kira pukul 6 petang.
“Kita akan adakan petang ini, saya rasa sudah putus untuk mengadakan dan akan dipengerusikan oleh Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
“Berdasarkan reaksi perwakilan, the way I see it, we need Tan Sri (Muhyiddin) to lead the party. We can move forward without him, but we need him. Dalam konteks perjuangan, Tan Sri kita masih perlukannya sebagai Presiden,” katanya kepada ketika ditemui hari ini
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan Muhyiddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan sebagai Presiden Bersatu pada pemilihan parti yang akan diadakan tahun depan.-KOSMO!ONLINE