fbpx

Watie belum hamil, hanya perut buncit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Watie menafikan dirinya kini berbadan dua seperti diperkatakan ramai dalam media sosial.

PETALING JAYA – Isteri kepada pelawak Shuib, Watie Hanafiah menafikan dirinya sudah berbadan dua seperti diperkatakan ramai dalam laman sosial.

Watie berkata, tiada sebab untuk dia menyembunyikan kehamilan dengan menggunakan jambangan bunga seperti didakwa segelintir individu.

“Saya belum hamil, yang itu cuma buncit. Tak mungkin saya sorok ‘baby bump’, yang saya sembunyikan adalah perut, tapi tetap orang nampak.

“Jadi kalau nak kata saya cuba tutup ‘baby’ dalam kandungan itu tidak mungkin,” katanya berseloroh ketika dihubungi Kosmo! Online.

Begitupun, pemilik nama sebenar Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, yang bergelar isteri Shuib Jun lalu tidak ketinggalan meminta orang ramai mendoakan dia dan suami dikurniakan cahaya mata.

“Belum ada rezeki lagi nampaknya. Doa-doakanlah kami kerana bagi saya bila kita kongsi kita akan dapat lebih banyak doa yang baik-baik,” ujarnya.

Kenyataan itu susulan spekulasi dia dipercayai sedang hamil anak pertama berikutan tindakannya menutup bahagian perut dengan sejambak bunga ros, baru-baru ini.

Difahamkan Shuib bersama Watie dan anak-anak berada di Sandakan, Sabah sejak beberapa hari lalu bagi menjalani penggambaran sebuah program televisyen berunsur kekeluargaan.

Menguatkan lagi dakwaan netizen apabila video dikongsikan penyampai radio itu dalam Instagram turut berlatarkan lagu Nanti Kita Seperti Ini yang berkisarkan kehidupan bahagia menimang cahaya mata.

Menurut Watie lagi, anak-anak tirinya memang ingin adik lagi tetapi mereka hanya berserah kepada Allah.

“Sebenarnya mereka memang nak adik dan kalau boleh sepasang kembar iaitu lelaki dan perempuan, cuma belum ada rezeki lagi.

“Terima kasih juga kepada semua yang mendoakan kami, cuma tak mengapa kalau lambat sebab kami pun enggan terburu-buru,” katanya.

Shuib mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011, namun Allahyarham meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI