fbpx

Mak cik Kemboja hadir IPK Melaka beri keterangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar video permohonan maaf daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Mariyah Yaakob atau Makcik Kemboja yang dipercayai ditujukan kepada TMJ.

MELAKA – Usahawan wanita warga Kemboja yang klip videonya tular selepas mengeluarkan kata-kata ‘Melayu malas’ ketika melakukan pentstriman langsung di TikTok hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka bagi memberi keterangan.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, ia bagi membantu siasatan 14 laporan polis berkaitan klip tersebut yang diterima kontinjen itu sejak minggu lalu.

Katanya, wanita tersebut hadir pada Selasa lalu dan siasatan telah dikendalikan Jabatan Siasatan Jenayah IPK Melaka.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan secepat mungkin oleh pegawai penyiasat sebelum dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Tambahnya, lapan individu lain turut dipanggil sejak Ahad lalu sehingga hari ini bagi membantu siasatan.

Sebelum ini Kosmo! melaporkan, satu klip video berdurasi 1 minit 7 tular di TikTok memaparkan seorang wanita melontarkan kata-kata ‘Melayu malas’ ketika pentstriman langsung di sebuah gedung pakaian muslimah sehingga menerima kecaman ramai.

Difahamkan wanita itu yang juga pemilik gedung tekstil menjalankan perniagaan jahitan pukal di Skudai, Johor dan mengakui dirinya merupakan warga Kemboja, namun sudah lama menetap di Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI