fbpx

City bimbang kalah tanpa servis Haaland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND belum pasti dapat diturunkan City menentang Liverpool malam esok selepas mengalami kecederaan buku lali bersama Norway baru-baru ini. – AFP

MANCHESTER – Juara Eropah, Manchester City dilaporkan sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan penyerang prolifiknya, Erling Haaland dapat diturunkan merobek gawang Li­verpool menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad esok.

Peluang Haaland, 23, untuk beraksi dilihat tipis selepas mengalami kecederaan buku lali ketika mewakili Norway menentang Kepulauan Faroe dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Ullevaal, Oslo pada Jumaat lalu.

Mesin gol City itu dilihat berjalan terhencot-hencot dan menyebabkannya terlepas aksi kelayakan Euro 2024 bertemu Scotland tiga hari kemudian, sekali gus memberi bayangan dia mungkin direhatkan menentang Liverpool.

Bagaimanapun, pemenang Trofi Kopa pada Anugerah Ballon d’Or baru-baru ini, akan cuba sedaya upaya untuk memboleh­kannya beraksi menentang Li­verpool yang dianggap pencabar utama kejuaraan EPL musim ini selain Arsenal.

“Malangnya, saya terlepas aksi menentang Scotland. Semoga rakan sepasukan dalam keadaan terbaik. Kini saya dalam proses pemulihan dan cuba kembali secepat mungkin buat pasukan,” kata Haaland.

Pengurus The Citizens, Pep Guardiola tentunya berharap Haaland dapat diturunkan menentang Liverpool memandang­kan bintangnya itu sudah meledak 13 gol daripada 12 perlawanan EPL musim ini.

Kemenangan akan memboleh­kan City melebarkan penguasaan di tangga teratas kerana juara treble musim lalu itu ketika ini mendahului Liverpool dan Arsenal yang berada di tangga kedua serta ketiga dengan kelebihan satu mata.

Jika melihat kepada statistik, berpeluang City untuk mengutip tiga mata tetap dilihat sukar kerana pernah tewas tiga kali kepada Liverpool dalam enam pertemuan terakhir antara ke­dua-dua pasukan sejak tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN