fbpx

Rangka wanita di bawah lantai rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan polis mengumpulkan rangka manusia yang ditemui ditanam di bawah lantai rumah tersebut. - KOMPAS.COM/ASIP HASANI

JAKARTA – Rangka mayat seorang wanita yang ditemui di bawah lantai sebuah rumah di Jawa Timur, Indonesia dikenal pasti sebagai isteri kepada pemilik asal kediaman tersebut, lapor laman berita Kompas.

Fitri, 23, dilaporkan tinggal di rumah tersebut selama beberapa tahun sejak berkahwin dengan suaminya yang dikenali sebagai SH. 

Bagaimanapun, rumah itu dibeli abang ipar SH dua bulan lalu. Sugeng Riyadi, 46, menemui rangka itu ketika melakukan kerja-kerja pengubahsuaian rumah kelmarin. 

Ketua kejiranan, Sunaryo berkata, penduduk tempatan mengesyaki bahawa rangka yang ditanam di bawah lantai itu sebagai Fitri yang sudah lama tidak kelihatan di rumah tersebut.

Menurut Sunaryo, Fitri dan SH sebelum ini pernah membuka kedai kopi di kampung sebelah. Tidak lama kemudian, penduduk mendengar khabar bahawa pasangan itu bercerai kerana lelaki lain.

Penduduk kampung menjelaskan bahawa rumah itu diwariskan oleh ibu bapa SH sebelum mereka meninggal dunia.

Polis menganggarkan bahawa rangka manusia itu ditanam di lokasi kejadian lebih setahun lalu. Siasatan kes tersebut masih dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI