fbpx

Hamilton layak terima Anugerah Knighthood

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMILTON berjaya meraih kejuaraan dunia ketujuh musim ini sekali gus menyamai pencapaian Schumacher. - AFP

LONDON – Jaguh tenis dunia, Andy Murray percaya Lewis Hamilton layak untuk mene­rima Anugerah Knighthood selepas usaha dan kerja kerasnya meraih gelaran dunia ketujuh perlumbaan Formula Satu (F1).

Tujuh gelaran juara dunia F1 menjadi bukti kehebatan Ha­milton dalam sukan tersebut dan lebih menarik pelumba berusia 35 tahun itu berjaya menyamai rekod gelaran ­Michael Schumacher.

Bagaimanapun, Murray yang dianugerahkan gelaran tersebut sejak 2016 mengakui tidak semua atlet sukan yang berjaya dianugerahkan gelaran ber­kenaan.

“Bagi saya tidak semestinya semua atlet diberi Anugerah Knighthood biarpun mereka meraih kejayaan, namun apa yang dilakukan Hamilton untuk berada pada tahap itu sa­ngat luar biasa dan layak untuk mendapatkannya.

“Sebagai ahli sukan, dia dianggap paling berjaya dalam sejarah negara. Dia (Hamilton) merupakan pelumba yang luar biasa.

“Bagi saya, Hamilton memang layak untuk mendapatkan gelaran ini jika mengambil kira pencapaiannya dalam perlumbaan F1,” katanya.

Juara dunia tujuh kali itu boleh dianggap ahli sukan terhebat United Kingdom (UK) yang masih hidup dan diberi penghormatan atas sumba­ngan besarnya dalam sukan permotoran itu.

Hanya tiga pemandu F1 yang lain mendapat gelaran tersebut iaitu Stirling Moss, Jack Brabham dan Jackie Stewart.

Anugerah itu membolehkan penerimanya memakai gelaran ‘Sir’ dan merupakan gelaran paling tinggi diberikan kepada rakyat biasa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI