fbpx

625 pegawai polis ditahan kerja, 156 digantung kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 625 pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah ditahan kerja manakala 156 lagi digantung kerja sejak Januari hingga Oktober lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap anggota yang didapati terlibat dengan aktiviti salah laku yang boleh menjatuhkan nama baik serta maruah pasukan.

Kata beliau, statistik aduan diterima menerusi Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) bagi tempoh tersebut adalah sebanyak 5,413 yang mana 4,497 daripadanya membabitkan pegawai polis.

“Daripada jumlah tersebut 2,841 (52.48 peratus) adalah aduan berkaitan salah laku di bawah kategori integriti,” katanya ketika berucap pada Majlis Pengiktirafan Tolak Rasuah dan Pelancaran Peraturan 3C sempena Bulan Integriti 2023, di Maktab Polis Diraja Malaysia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut berhubung tangkapan anggota PDRM oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Razarudin memaklumkan 121 ditangkap manakala 26 dituduh dan 14 orang lagi telah disabitkan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.

“Bagi kes melibatkan penyalahgunaan dadah, seramai 196 warga PDRM ditahan sejak Januari hingga Oktober 2023.

“Di samping itu, berdasarkan statistik bagi tempoh kajian yang sama, seramai 623 pegawai polis telah ditahan kerja, manakala 156 pula telah digantung kerja,” katanya.

Sehubungan itu, Razarudin menyeru kepada seluruh warga PDRM untuk melaksanakan tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan dengan penuh ikhlas, jujur serta berintegriti.

“Semoga segala usaha kita dalam memartabatkan imej PDRM sebagai agensi penguat kuasa unggul yang berintegriti tinggi dipermudahkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI