fbpx

Ketua suruhanjaya anti-rasuah Indonesia dinamakan suspek kes rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POLIS Indonesia menamakan Pengerusi KPK, Firli Bahuri sebagai suspek kes rasuah. – AGENSI

JAKARTA – Indonesia menamakan pengerusi suruhanjaya anti rasuahnya sebagai suspek kes rasuah, kata polis, dalam kes yang menjejaskan reputasi agensi berkenaan sejak ditubuhkan  dua dekad lalu selepas kejatuhan diktator Suharto.

Ini adalah kali pertama ketua badan pencegah rasuah negara itu dituduh melakukan jenayah sehingga melibatkan siasatan  polis.

Rasuah kekal berleluasa di Indonesia yang menduduki tempat ke-110 daripada 180 negara dalam indeks persepsi rasuah terkini Transparency International.

Polis menamakan Ketua Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia,  Firli Bahuri sebagai suspek semalam berhubung dakwaan peras ugut dan menerima hadiah atau sogokan melibatkan urusan sah dengan kementerian pertanian dari 2020 hingga 2023.

Pengarah siasatan jenayah khas polis Jakarta, Ade Safri Simanjuntak memberitahu pemberita bahawa Bahuri akan disoal siasat ‘sebagai ketua KPK atas kapasitinya sebagai suspek dalam dakwaan jenayah rasuah’.

Bulan lalu, bekas menteri pertanian Indonesia Syahrul Yasin Limpo ditahan susulan  beberapa tuduhan, termasuk dia menyelewengkan dana awam berjumlah  lebih AS$800,000 (RM3,742,400)

Dakwaan terhadap Bahuri dikaitkan dengan kes Limpo. Ketua KPK itu sudah beberapa kali menafikan tuduhan tersebut.

Bahuri yang merupakan  bekas ketua polis wilayah Sumatera Selatan dan Nusa Tenggara Barat serta menjadi ketua KPK pada 2019, belum ditahan, manakala polis tidak menyatakan sama ada mereka berhasrat menahannya.

Sebagai sebahagian daripada siasatan kes tersebut, polis menggeledah dua hartanah, menemu bual lebih 90 orang dan merampas dokumen berkaitan dana berjumlah lebih AS$478,000 (RM2,236,084).

Dia berdepan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah atas tuduhan rasuah. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI