fbpx

Mangsa banjir di Kelantan menurun kepada 108 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menaiki bot selepas Kampung Tersang, Rantau Panjang mula dinaiki air pagi tadi. -Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan mencatatkan penurunan kepada 108 orang susulan cuaca baik dan tiada hujan lebat melanda kebanyakan kawasan dan daerah di negeri ini hari ini.

Sekreteriat Pengurusan Banjir Negeri Kelantan dalam satu kenyataan berkata, setakat pukul 4 petang ini, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 297 orang berbanding 405 orang pada pukul 12 tengah hari tadi.

Menurutnya, tiga buah daerah yang masih terjejas banjir ialah Pasir Puteh, Bachok dan Pasir Mas.

“Sebuah PPS masing-masing dibuka di Pasir Puteh dan Bachok. Seramai 30 mangsa ditempatkan di Pasir Puteh manakala 46 mangsa di Bachok.

“Sebuah lagi PPS dibuka di Pasir Mas iaitu di Sekolah Kebangsaan Gua Tok Deh yang menempatkan 32 mangsa daripada tujuh buah keluarga,” katanya.

Tambah kenyataan itu, lapan sungai utama di Kelantan mencatatkan bacaan normal kecuali Sungai Golok di Rantau Panjang berada pada paras bahaya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI