fbpx

Kes rampasan daun, air ketum turun mendadak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Mohsin (dua dari kanan) menunjukkan cecair ketum untuk dilupuskan di Kompleks PDRM Mata Ayer, Arau hari ini.

ARAU – Kes berkaitan daun dan air ketum di negeri ini menunjukkan penurunan ketara dalam tempoh tiga tahun ini disebabkan kurang permintaan dari negara jiran, Thailand.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md. Rodi berkata, pada 2021 sebanyak 111 kes tangkapan dibuat, manakala 2022 pula sebanyak 98 kes diikuti tahun ini setakat  bulan ini sebanyak 38 kes.

“Ini menunjukkan penurunan ketara sebab kurang permintaan dari Thailand selepas negara itu membenarkan penggunaan ketum beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini, banyak rampasan dibuat untuk diseludup keluar, namun permintaan itu dilihat menurun mendadak dalam tempoh tiga tahun ini,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan masih terdapat permintaan daun dan cecair ketum oleh pengguna domestik.

“Ini kerana pengguna ketum akan mengalami ketagihan seperti pengambilan dadah dan akan sentiasa cuba mencari bekalan tumbuhan tersebut.

“Pihak polis akan terus sedaya-upaya menghalang penyalahgunaan ketum termasuk memberi tumpuan operasi ke atas tempat pemprosesan ketum di sekitar Arau,” ujarnya.

Menurut Ahmad Mohsin, rampasan terbesar pernah dilakukan polis Arau adalah pada 2021 dengan rampasan 886.9 kilogram daun ketum manakala bagi tahun 2022 polis berjaya melakukan rampasan terbesar 252 liter air ketum.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis melupuskan 2.4 tan daun ketum yang dirampas dalam operasi di sini sejak 12 tahun lalu. Pelupusan itu melibatkan 1,100 liter cecair ketum yang dirampas daripada ratusan kes dan operasi dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI