fbpx

Dua kumpulan penyeludup terlibat kejadian tembakan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota PGA menunjukkan lokasi mayat Koperal Baharuddin Ramli, 54,  ditemui.

KANGAR – Polis mendedahkan dua kumpulan penyeludup terlibat dalam kejadian berbalas tembakan sehingga mengakibatkan seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) maut di sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar dekat sini semalam.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad memberitahu, dua kumpulan itu masing-masing dianggotai enam dan tujuh lelaki Thailand yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan penyeludupan daun ketum.

“Dua kumpulan ini dipercayai masuk secara bersama ke negara ini untuk mengambil bekalan daun ketum dan ubat batuk daripada pembekal untuk diseludup ke negara mereka.

“Kumpulan terdiri daripada tujuh ahli disyaki membawa senjata jenis senapang patah manakala kumpulan terdiri daripada enam ahli membawa senjata biasa seperti pisau,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis di sini hari ini.

Selain itu, kata beliau, hasil soal siasat ke atas suspek warga Thailand yang ditahan sebelum ini mengenal pasti enam rakan kumpulan termasuk tiga daripadanya yang cedera dan berada di negara jiran.

Kata beliau, polis akan terus memburu saki-baki penyeludup tersebut dengan bantuan polis Thailand.

“Tangkapan terbaharu melibatkan seorang lagi suspek warga Thailand berusia 27 tahun yang ditemui di kawasan gaung berhampiran lokasi kejadian kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“Suspek yang tidak mengalami kecederaan dipercayai terjatuh dan bersembunyi di kawasan belukar tersebut sebelum berjaya dikesan anggota PGA,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI