fbpx

Lamar kekasih di konsert Coldplay, 85,000 penonton jadi saksi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar adegan lamaran sepasang kekasih saat menghadiri konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam tadi.

PETALING JAYA – Tular video di media sosial, seorang lelaki dengan berani melamar kekasihnya ketika saat menyaksikan konsert Coldplay yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, malam tadi.

Dalam pada itu, kira-kira 85,000 penonton yang hadir di stadium menjadi saksi momen terindah pasangan tersebut.

Menerusi perkongsian pengguna aplikasi X, Isman Kamarul, dapat dilihat lelaki tersebut melutut di hadapan teman wanitanya dan menyuakan sebentuk cincin kepada wanita itu.

Sambil tersenyum malu, wanita berkenaan mengangguk tanda dia bersetuju dan menerima lamaran kekasihnya dan akhirnya kedua mereka berpelukan.

Susulan itu, orang ramai yang menyaksikan adegan romantis tersebut bersorak memberi sokongan kepada pasangan terbabit.

Berlatarkan suasana konsert yang penuh dengan lampu LED ia memberi sentuhan romantis terhadap lamaran lelaki tersebut.

Terdahulu, tular juga sepasang kekasih di Indonesia melakukan adegan lamaran ketika berada di konsert Coldplay yang berlangsung di Jakarta pada 15 November lalu.

Semalam, kumpulan rock dari Britain, Coldplay berjaya menyelesaikan siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Stadium Nasional Bukit Jalil dan akan menggegarkan Singapura pula selama enam hari pada Januari tahun depan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI