fbpx

Dua hotel di Seremban tempatkan pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEREMBAN- Kawalan terhadap pesakit Covid-19 dalam kalangan warga asing di Negeri Sembilan akan diperketatkan termasuk menempatkan mereka di dua buah hotel di bandar ini yang dijadikan sebagai pusat kuarantin khas.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sehingga kini, seramai 600 pekerja asing sedang dikuarantin di dua buah hotel berkenaan.

“Alhamdullilah, untuk kes pekerja kilang saya nampak ada perubahan yang baik dan kami menerima arahan menempatkan pekerja asing di kawasan perumahan, kini ia telah dibuat di peringkat kerajaan Persekutuan dan dibawa kepada kerajaan negeri, ia dalam peringkat untuk kita memuktamadkan.

“Buat masa ini, kes-kes pekerja kilang di tempatkan di hotel dan asrama mereka. Kalau serius, mereka dihantar ke hospital manakala bagi majikan yang mampu mereka telah meletakkan pekerja asing yang terlibat di dua buah hotel di Seremban manakala yang lain dikuarantin di rumah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri dekat sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI