fbpx

Pasangan Kedah paling ramai bercerai tahun lepas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Bilangan perceraian pada tahun lepas meningkat 43.1 peratus daripada 43,936 (2021) kepada 62,890 (2022).

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bilangan perceraian melibatkan orang Islam mencatatkan peningkatan 45.8 peratus pada tahun 2022 dengan jumlah seramai 46,138 berbanding tahun sebelumnya hanya 31,650.

“Peningkatan ini disebabkan oleh kes-kes yang dibawa ke hadapan daripada tahun sebelumnya. Tiga negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang Islam iaitu Kedah (113.6 peratus), Sabah (94.5 peratus) dan Perlis (83.5 peratus).

“Sementara itu, perceraian orang bukan Islam juga turut meningkat 36.4 peratus daripada 12,286 (2021) kepada 16,752 (2022),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam kenyataan sama, turut dilaporkan bilangan perkahwinan yang direkodkan pada tahun 2022 adalah sebanyak 214,82.

Menurut Mohd. Uzir, jumlah tersebut mengalami penurunan 0.5 peratus daripada 215,973 pada tahun 2021.

“Penurunan bilangan perkahwinan ini disumbangkan oleh penurunan 4.1 peratus bilangan perkahwinan orang Islam pada 2022 (168,726) berbanding 2021 (176,002).

“Laporan ini turut membentangkan keseluruhan kadar perkahwinan am bagi pengantin lelaki menurun daripada 46.0 kepada 45.3 bagi setiap seribu penduduk lelaki berumur 18 tahun dan lebih yang belum berkahwin.

“Trend yang sama juga bagi pengantin perempuan yang merekodkan penurunan daripada 47.6 kepada 47.1 bagi setiap seribu penduduk perempuan berumur 16 tahun dan lebih yang belum berkahwin,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI