fbpx

Hotel paling kurus lebar 2.7 meter

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PituRooms dibina di atas sebidang tanah bekas tempat pembuangan sampah. - Facebook

JAKARTA – Seorang arkitek di Indonesia berjaya memanfaatkan sebidang tanah bersaiz pelik dan tidak mendapat permintaan pasaran untuk membangunkan hotel dipercayai paling nipis di dunia, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Tanah itu terletak di antara lorong dan beberapa rumah yang pada asalnya digunakan oleh penduduk tempatan sebagai tempat pembuangan sampah.

Arkitek berkenaan, Ary Indra kemudian menjalankan projek PituRooms dengan membina sebuah hotel lima tingkat selebar 2.7 meter yang hanya mempunyai tujuh bilik di atas tanah tersebut.

Walaupun kekurangan ruang, Ary berjaya memuatkan setiap bilik dengan katil dua tingkat serta bilik mandi lengkap dengan pancuran dan tandas.

“Setakat ini, reaksi yang kami terima daripada tetamu adalah mereka kagum selepas menyedari ruang kecil sebenarnya sudah cukup untuk manusia hidup dan bergerak dengan selesa,” katanya.

Sejak PituRooms dibuka pada Disember 2022, 95 peratus tetamu ialah warga Indonesia. Pekan kecil itu terletak 482 kilometer dari Jakarta dan masih tidak terkenal dalam kalangan pelancong. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI