fbpx

Sultan Mizan kurnia sumbangan kepada mangsa banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Zulhilmi (tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan Istana Sharqiyyah kepada salah seorang mangsa banjir di PPS SK Chendering, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir di beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) di bandar raya ini dan Kuala Nerus semalam.

Sumbangan tersebut disampaikan kepada 286 keluarga di empat PPS di kedua-dua daerah tersebut.

Kesemua sumbangan tersebut telah disampaikan Penolong Pengelola Pejabat Sultan Terengganu, Mohd. Zulhilmi Harun kepada mangsa terjejas.

Beliau berkata, empat PPS dilawati ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Chendering dan SK Pasir Panjang di Kuala Terengganu manakala di SK Tok Jembal dan Dewan Serbaguna Tok Jembal di Kuala Nerus.

“Alhamdulillah, Sultan Mizan berkenan mengurniakan sumbangan dalam bentuk kit makanan dan wang tunai bagi meringankan beban mangsa,” katanya selepas mewakili Istana Sharqiyyah menyampaikan sumbangan
di PPS SK Chendering di sini hari ini.

Seramai 67 ketua isi rumah yang menghuni PPS berkenaan menerima sumbangan terbabit.

Mohd. Zulhilmi berkata, Sultan Mizan berharap sumbangan tersebut dapat menceriakan kesemua mangsa banjir yang kini berlindung di PPS.

“Baginda juga berdoa agar kesemua rakyat Terengganu terhindar daripada sebarang bencana yang lebih teruk selepas ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI