fbpx

Mawar, Raf jawab spekulasi perceraian hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKTRES Mawar Rashid akan memberikan kenyataan bersama suaimya, Raf Yaakob berhubung spekulasi rumah tangga mereka hari ini.

PETALING JAYA – Susulan spekulasi rumah tangga diambang perceraian, pelakon Mawar Rashid memaklumkan akan memberikan kenyataan bersama suaminya, Raf Yaakob, hari ini.

Kata pemilik nama sebenar Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid itu, semua perkara berhubung desas-desus mereka ke Mahkamah Syariah hanya akan dinyatakan secara bersama.

“Tunggu kenyataan saya dan Raf,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.

Pada masa sama, ibu kepada tiga cahaya mata itu memohon maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen buat masa ini.

“Minta maaf sebab saya tak boleh lagi bagi komen sekarang. Doakan semoga semuanya dipermudahkan,” katanya.

Difahamkan pasangan yang mendirikan rumah tangga pada November 2017 itu sepatutnya hadir ke mahkamah syariah semalam.

Spekulasi pergolakkan rumah tangga mereka hangat diperkatakan selepas Mawar, 28, tidak lagi berhijab sekitar awal bulan lalu.

Menguatkan lagi dakwaan itu apabila dia dilihat bertindak memadam gambar bersama adik kepada penyanyi Datuk Fazley Yaakob itu.

Menerusi perkahwinan itu, pasangan terbabit dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang yang kini berusia 10 bulan.

Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pula sebelum ini mempunyai dua cahaya mata daripada perkahwinan terdahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI