fbpx

Mangsa banjir di Terengganu menurun 3,581 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Situasi banjir di Terengganu yang masuk hari keempat bertambah baik dengan dengan mangsa terjejas menurun kepada 3,581 orang daripada 957 keluarga hari ini.

Sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah ditutup malam tadi menjadikan tinggal 29 masih beroperasi di lima daerah di negeri ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, Kuala Nerus kekal paling teruk terjejas dengan 1,598 mangsa daripada 430 keluarga masih berada di dalam 15 PPS.

“Seramai 956 mangsa daripada 279 keluarga di lima PPS di Kuala Terengganu.

“Sebanyak enam PPS dibuka di Marang yang menempatkan 732 mangsa daripada 183 keluarga,” katanya di sini hari ini.

Jurucakap Sekretariat JPBN Terengganu berkata, Besut pula mempunyai 272 mangsa daripada 60 keluarga yang berada di dua PPS.

Tambah beliau, seramai 23 mangsa daripada lima keluarga pula berada di satu-satunya PPS di Dungun iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Kah.

Sementara itu, portal Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras sungai utama di Terengganu sudah mulai surut dan tiada yang melepasi paras bahaya kini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI