fbpx

Qabil Irfan tempah petak utama di Valencia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELUMBA muda dalam pembikinan, Qabil Irfan Azlan tampil cemerlang pada sesi kelayakan di Valencia.

PELUMBA muda dalam pembikinan, Qabil Irfan Azlan langkah kanan menjelang perlumbaan Kejuaraan Motosikal Siri Dunia Akhir FIM MiniGP di Valencia, Sepanyol apabila berjaya menempah petak utama bagi kategori 160cc di Litar Kart Ricardo Tarmo semalam.

Pelumba berusia 11 tahun itu yang menampilkan aksi terbaik pada sesi latihan bebas memperagakan aksi cukup memukau pada sesi kelayakan apabila mencatat masa terpantas 44.166 saat sekali gus mengatasi pelumba-pelumba Eropah lain.

Hasil keputusan tersebut, pelumba kelahiran Terengganu tersebut bertekad membawa aksi cemerlang tersebut pada perlumbaan sebenar yang berlangsung kira-kira pukul 4 petang waktu Malaysia.

“Alhamdulillah mungkin ini rezeki saya tahun ini dan saya tidak sangka boleh mencatat masa terbaik untuk berada di petak hadapan.

“Saya ingin mengucapkan kepada kru dan ayah yang sentiasa memberi sokongan kepada saya. Saya tidak akan sia-siakan keputusan hari ini dan saya harap dapat duduk depan esok (hari ini),” kata Qabil.

Menjelang perlumbaan petang nanti, Qabil yang juga juara MiniGP Malaysia 2023 dijangka berdepan tentangan sengit terutama dari pelumba Sepanyol, Enzo Zaragoza yang berada di petak kedua dan Ethan Sparks dari Austria di petak ketiga.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Muhammad Airel Ahmad Marzuki turut cemerlang apabila memenangi perlumbaan kelayakan pertama sekali gus akan ke perlumbaan sebenar 160cc bersama Qabil di petak ke-18.

Dalam pada itu, dalam kategori 190cc, Muhammad Farish Hafif, 15, turut mempamerkan perlumbaan positif pada sesi kelayakan apabila akan memulakan saingan di petak kesembilan hari ini. -KOSMO! Online

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI