fbpx

Dua lelaki sesak nafas bilik terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba ketika memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Gelugor, hari ini.

GEORGE TOWN – Dua lelaki dilaporkan mengalami sesak nafas akibat kebakaran membabitkan sebuah rumah dua tingkat di Kampung Sungai Gelugor di sini, malam tadi.

Jurucakap bomba negeri berkata, operasi yang diketuai Pegawai Bomba Tinggi l (PBT I) Fadzil Mohamad bersama pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan kira-kira pukul 9.15 malam.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan sebuah rumah dua tingkat Kelas A.

“Kebakaran berlaku di bahagian bilik tingkat atas dengan anggaran peratusan keseluruhan sebanyak 15 peratus.

“Kedua-dua mangsa berusia 20-an diberikan rawatan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut,” katanya kepda pemberita, malam tadi.

Tambahnya, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya dan operasi ditamatkan pada pukul 9.57 malam.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian sedang dalam siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI