fbpx

[VIDEO] Konsert di Bukit Jalil persembahan penutup Coldplay tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini adalah persembahan terakhir Coldplay bagi tahun 2023.

PETALING JAYA – Kumpulan rock popular dari Britain, Coldplay memaklumkan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini merupakan persembahan terakhir mereka bagi tahun 2023.

Menerusi perkongsian di laman Instagram rasmi kumpulan tersebut, kehadiran mereka ke Kuala Lumpur adalah kunjungan kali pertama, namun terharu dengan sambutan yang diberi oleh peminat di Malaysia.

“Kali pertama di KL (Kuala Lumpur) persembahan terakhir untuk tahun ini.

“Pentas sudah ditetapkan untuk malam yang hebat. Kami berterima kasih atas sambutan hangat (dan basah), tidak sabar untuk menjayakannya. Terima kasih menerima kami di Malaysia,” tulisnya pada InstaStory lewat petang tadi.

Dalam hantaran sama, dikongsikan juga sekeping gambar memaparkan bangunan ikonik negara, Menara Berkembar Petronas atau KLCC yang dilukis di atas drum kumpulan tersebut sebagai simbolik kunjungan mereka ke Malaysia.

Tinjauan Kosmo! di media sosial ketika ini mendapati, penonoton mula berkongsi suasana konsert Coldplay yang dilihat meriah dengan sorakan serta cahaya lampu berwarna-warni.

Difahamkan, meskipun cuaca pada malam ini hujan, namun penonton tidak berganjak malah terus menikmati persembahan daripada kumpulan kesayangannya mereka itu.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan orang ramai sanggup beratur seawal pukul 9 pagi di hadapan stadium bagi menghadiri konsert Coldplay sempena siri jelajah Music Of The Spheres World Tour (MOTSWT) di Kuala Lumpur. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI