PETALING JAYA – Tindakan segelintir penonton konsert kumpulan rock Britain, Coldplay membuang sampah merata-rata sehingga mencemarkan kawasan pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.
Difahamkan penonton dan peminat kumpulan tersebut mula beratur seawal pukul 9 pagi bagi menyaksikan konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur, hari ini.
Menerusi beberapa gambar dan video yang tular di media sosial, kelihatan longgokan sampah mengotori pemandangan di stadium itu.
Lebih teruk, sisa makanan dan minuman dibiarkan begitu sahaja oleh penonton yang hadir di sepanjang lorong tempat menunggu.
Dalam pada itu, ramai yang mengecam tindakan tidak bertanggungjawab tersebut selain menyifatkan segelintir peminat Coldplay sebagai pengotor.
“Nak berhibur jangan tunjuk sangat sifat pengotor, kau ingat dah bayar tiket beribu ada orang tolong kutip sampah makan kau?,” perli @RoxyNxx.
“Ini longgokan sampah dari pagi, stadium boleh jadi pusat pungutan sampah setiap kali ada konsert, masih ramai orang kita tak kenal apa itu tong sampah, tak tahu kegunaannya,” komen @Syazaa. – KOSMO! ONLINE
Speechless #COLDPLAYinKL #ColdplayKualaLumpur pic.twitter.com/d93sVfDd8D
— KAYPOH (@kaypohmedia) November 22, 2023