fbpx

Empat jam tunggu, Mr. H tidak muncul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengamal media terpaksa pulang hampa selepas penantian selama lima jam bagi menantikan Mr. H tidak berhasil. - Foto oleh FAISOL MUSTAPA / KOSMO!

PUTRAJAYA – Lebih 20 pengamal media termasuk wartawan dan jurugambar pulang hampa apabila kelibat Mr. H yang dinantikan sejak pukul 5 petang tadi tidak muncul di Balai Polis Presint 11, di sini.

Mr. H dijangka hadir memberi keterangan di balai polis itu kira-kira pukul 5.30 petang seperti dimaklumkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Bagaimanapun, selepas hampir lima jam ‘disidai’, pengamal media sepakat beredar dari balai polis kira-kira pukul 9 malam tadi.

Difahamkan, sesi rekod keterangan itu ditangguhkan hari ini, namun tidak dinyatakan sesi itu dibuat di tempat lain atau tarikh lain.

Sementara itu, sumber yang dihubungi memaklumkan, sesi itu akan dilakukan esok di lokasi lain yang belum ditentukan.

Kemungkinan sesi itu ditangguhkan susulan kehadiran pengamal media yang ramai bagi membuat liputan berhubung kes itu.

Terdahulu, pengamal media mula berkampung di Balai Polis Presint 11 sejak 5 petang tadi bagi menantikan kelibat Mr. H.

Difahamkan, Mr. H dijangka akan direkodkan keterangan oleh pegawai polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman, hari ini ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain sebelum ini dilaporkan berkata, Mr. H akan diambil keterangan di Balai Polis Presint 11, Putrajaya, pukul 5.30 petang ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI