PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah ucapan tahniah kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, beliau mendoakan semoga Sultan Johor serta seluruh kerabat diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah Allah S.W.T.
“Merafak sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim pada 22 November 2023 bersamaan 8 Jamadilawal 1445H.
“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Duli Tuanku serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Allah Peliharakan Sultan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. – KOSMO! ONLINE