fbpx

Liputan perlindungan sosial usia bekerja diperluaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-6 hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan perluasan liputan perlindungan sosial secara berfasa ke atas populasi usia bekerja rakyat Malaysia yang mencapai umur 18 tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Perlindungan Sosial Malaysia (MySPC) ke-6 yang dipengerusikan beliau hari ini.

“Hari ini saya mempengerusikan Mesyuarat MySPC ke-6 yang antara lain platform diskusi terkait pengukuhan sistem perlindungan sosial secara umum mahu pun bersasar kepada rakyat.

“Ini bagi menjamin pendapatan hari tua bermula 2024 diperhalusi dan pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) membawa cadangan ini untuk kelulusan Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM),” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Anwar berkata, perlindungan sosial yang mampan mampu memastikan setiap rakyat kekal menikmati taraf hidup yang wajar ketika mereka berdepan dengan sebarang risiko di sepanjang kehidupan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI