fbpx

Pasar raya kantoi sorok gula, minyak masak peket

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gula pasir dan minyak masak peket yang dirampas, dipercayai disorok oleh sebuah pasar raya di Bintulu.

BINTULU – Sebanyak 400 kilogram (kg) gula pasir dan 272kg minyak masak peket dirampas, dipercayai cuba disorok salah sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Ketua Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) cawangan Bintulu, Al Redzamani Abdul Razak berkata, rampasan ke atas semua barangan bersubsidi dianggarkan bernilai RM1,820 itu dibuat selepas pihaknya menerima aduan yang ditularkan di media sosial.

Susulan itu, katanya, sepasukan penguat kuasa KPDN Bintulu melakukan pemeriksaan Ops Sorok ke atas semua pasar raya yang menjadi tumpuan di bandar raya di sini.

“Pemeriksaan ke atas salah sebuah pasar raya mendapati tiada minyak masak peket dan gula bersubsidi di rak-rak pasar raya tersebut.

“Setelah membuat pemeriksaan lanjut, menjumpai semua barangan itu disimpan di satu ruang premis terbabit, yang disyaki disorok,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Al Redzamani berkata, kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda maksimum RM1 juta atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.

Beliau menambah pasar raya terbabit juga diminta mengisytiharkan stok, di bawah Seksyen 8 Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurutnya, antara syarat sah yang perlu dipatuhi pelesen adalah memastikan bekalan khususnya barangan kawalan sentiasa ada sepanjang masa seperti yang termaktub di dalam Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974, Akta Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI