fbpx

SKS Airways nafi bergelut bayar pesawat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah SKS Airways, Datuk Rohman Ahmad, (kanan) menandatangani Perjanjian Pajakan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Azorra Aviation Holdings, John Evans untuk 10 jet Embraer E195-E2 di Pameran Maritim & Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi ke-16 (LIMA) pada Mei lalu.

PETALING JAYA – SKS Airways Sdn. Bhd. menafikan dakwaan bahawa syarikat penerbangan itu sedang mencari pembiayaan daripada pelbagai pihak untuk membayar komitmen 10 pesawat Embraer E-195-E2.

“Dakwaan ini adalah palsu dan berbau jahat. Bayaran untuk mendapatkan 10 pesawat telah dibayar sepenuhnya kepada pemberi pajak kami, Azzora Aviation Holdings. Bayaran seterusnya perlu dibayar apabila pesawat dihantar.

“Kami telah menguruskan kewajipan kewangan kami dengan tekun, memastikan semua pembayaran dibuat tepat pada masanya dan mengikut komitmen kami.

“Syarikat tidak mempunyai sebarang hutang tertunggak dan kami telah mengambil perhatian yang sewajarnya untuk memastikan semua pekerja kami dibayar sepenuhnya dan dijaga dengan baik tanpa sebarang pengecualian,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, terdapat laporan yang mendakwa syarikat penerbangan itu sedang bergelut mendapatkan pembiayaan untuk membayar penghantaran 10 pesawat Embraer E-195-E2.

Laporan itu turut mendakwa Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu dilantik, Dzuleira Abu Bakar telah meletak jawatan.

Sementara itu, SKS Airways mengesahkan bahawa Dzuleira telah meletak jawatan berkuatkuasa 10 November lalu dan pihaknya sememangnya sedang mencari pelabur strategik untuk fasa dua pelan pertumbuhan dengan tambahan 20 pesawat, selain daripada 10 pesawat semasa.

Jelasnya, pesawat tambahan ini akan memainkan peranan penting dalam pertumbuhan berterusannya apabila Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang selesai.

“Sejajar dengan syarikat bergerak ke hadapan, kami sedang mencari pelabur dengan sumbangan strategik untuk membantu syarikat berkembang lebih jauh.

“Kami percaya bekerjasama dengan pelabur yang berkongsi visi kami dan boleh memberikan sumbangan strategik akan memainkan peranan penting dalam kejayaan jangka panjang syarikat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI